Pages

*JENDELA ILMU*

Thursday, July 8, 2010

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1.Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat

Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.Kawan-kawan syirik ni jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam.Kekal dalam neraka selam-lamanya.
2.Mayat yang mukanya berbentuk babi

Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu.Lalai dalam solatnya.Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ni banyak, bukan berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji.Bayangkanle sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.Siksa api neraka amat pedih oii....Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap )api neraka kawan-kawan cuba le cucuh hujung jari kawan-kawan dgn api, macam mana rasanya ?Boleh tahan tak?

3.Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam

Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.Aku rasa yang ni kawan-kawan faham.

4.Mayat yang perutnya buncit dan meletup

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri ..harta yang haram.Merompak...harta haram.Melesapkan duit kawan...harta yang haram.

5.Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi,mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk
dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7.Mayat yang wajahnya tersenyum.

Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh
Note: Kisah ini diperolehi dari kaset ceramah "wajah mayat" oleh Ustz.
Kazim bin Elias.

No comments: